
Tajuk dah macam nak menari-nari
di atas pentas tari feseni pulak kan. Kali ni ENTRI pasal refleksi diri di
tahun masihi yang baru sahaja membuka tirai, juga sebagai natijah daripada siri
kuliah sem ni yang akan menutup tirai sem5 buat selama-lamanya. (taubat tak nak
repeat)

Semester ni (sem 5 a.k.a. sem 1
tahun akhir) ada berbagai ragam pensyarah yang menyerikan pentas drama
pengajian aku di Universiti Malaya. Walaupun masih timbul perdebatan berkenaan
pengabungan jabatan aku dengan jabatan sosio-budaya yang membentuk satu jabatan
baru, tapi aku rasa itu takda kaitan pun dengan pengajian aku. Itu satu lagi
babak yang memberi warna kepada sesi pengajian kali ni. Sungguhpun ianya
seperti imbas kembali konflik plot sem lepas tapi apa nak buat aku just budak2
yang tak mampu berbuat apa2. Bagi aku perjuangan kini hanya pada pengajian dan
bukannya kepada benda lain yang merencat usaha mengengam skrol ijazah tahun
ini. Ada yang berkata “USAH BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT KE GELANGANG,
USAHA BICARA SOAL KEADILAN JIKA TAKUT MENENTANG KEZALIMAN, USAH BICARA SOAL
KEJAYAAN JIKA TAKUT BERGELUMBANG KEGAGALAN”. Mcm2 frasa indah yang sekarang ini
dicipta oleh pujangga tanpa nama tapi ianya telah memberi inspirasi kepada
ribuan jiwa yang ketandusan punca. Situasi ini juga berlaku kepada aku yang
sentiasa berjumpa insan-insan yang sering memberi inspirasi dengan hanya
kata-kata indah tanpa perlu “SHOW OFF” bagai!(nak muntah tengok org yg suka
show off ni, muka memang sejibik mck2 gosip kat kg yang dok citer kehebatan
diri sendiri… pehhhh lisssss la weiiii, sila pergi mamposhhhh)

Dalam satu kursus yang dikenali
sebagai “killer subjek” aku agak terINSPIRASI dengan pengisian kuliah oleh
seorang pensyarah yang berpengalaman walaupun belum mencapai tahap DR. atau
PROF. Beliau kadang kala menyebabkan aku banyak berfikir berkenaan banyak
persoalan kehidupan setelah hampir 3 tahun bergelar siswa di Universiti Perdana
ini. Satu sesi kuliahnya yang membawa aku melihat beberapa sudut pandang
masyarakat di beberapa buah negara yang sangat daif menyebabkan aku sedar akan kemewahan yang
kita kecapi sebenarnya.
Dah mengarut panjang sampai isi
ENTRI tak kunjung tibanya pown. Menyingkap kembali siri kuliah sem ini, aku
berjumpa beberapa watak-watak yang hampir kesemuanya baharu, walaupun ada 3
orang pensyarah yang pernah mengajar aku sebelum ini. Ada pensyarah yang
mengunakan corak pengajaran yang agak “copy & paste”, ada juga yang cuba
bermain formasi “SHARING IS CARING- asyik2 student sendiri je yg memberi kpd
student lain(mcm tak kena je), ada yg lagi suka bermain di bangku simpanan (yg
ni agak tepat kot dengan situasi yg tadi.. hehe), tak kurang juga yg suka main
sendiri (ini syok sendiri), yang paling best ada yang cuba membuat filem
dokumentari berkenaan dirinya dibantu oleh watak keluarganya yang menghibur
hati. Sangat bagus jika difilemkan kerana mempunyai nilai komerSIAL yang tinggi
dan boleh mengalahkan filem NO PROBLEM yang mengunakan KAPAK. Tapi ada beberapa
org pensyarah yang begitu ikhlas mencurahkan ilmu. Muncul dengan beberapa
cetusan bicara dan idea yang membangkitkan seribu aspirasi berkonsepkan
kehidupan masa kini. Mentaliti yang cuba disemai kadang kala hanya sekecil ini. Tapi ledakanya nanti
boleh mengalahkan letusan Bom atom semasa WW2.

Mengambil iktibar dari siri kuliah
pada semester ini mebuka dimensi baru kepada siswa siswi yang inginkan
perubahan. Tidak perlu revolusi besar-besaran kerana impaknya nanti menimbulkan
pro dan kontra yang bersifat “kalah jadi abu, menang jadi arang”. Kita cuba
menerbitkan sedikit transformasi diri yang mengambil kira sedalam-dalamnya
aspek kesan dan akibatnya. Jadi malas nak tulis panjang lagi, itulah kata
kuncinya kepada kita semua...................................................................................................................................... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MASA>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>UNTUK>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>BERUBAH.

UNTUK PENUTUP YANG BOLEH AKU
KAITAKAN DENGAN TAJUK DIATAS, sekali lagi aku cuba melihat suasana semasa yang
agak kabur dan dan boleh megubah rentak dan hala tuju aku sebagai siswa. Walaupun
sebenarnya siswa itu memang halatuju sama iaitu tamat pengajian dlm tempoh yang
ditetapkan tapi mengambil kira letak duduknya individu tersebut dalam situasi
apa. Itu yang perlu difahami. Oleh itu rentak kita memang sama (halatuju) tapi
tari kita berbeza kerana kita punya kelebihan dan daya fikir yang berbeza. Menganggap tindakan orang lain sebagai salah
itu adalah tindakan yang tidak relevan kerana setiap org mempunyai cara yang
tersendiri. Menilai diri sendiri itu lebih bermanfaat daripada asyik mengkritik
orang lain. Dan sekiranya kita merasa sudah cukup sempurna, adakah anda
sesempurna yang maha kuasa?

Just say “pegi maMposZZZZ” TO makhluk “show off”…..


0 comments:
Catat Ulasan