SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAMBAK BUNGA RAFFLESIA...
Pada kali ni aku nak share sedikit cerbisan kenangan dalam jbtn seni nie. Entri kali ni nak bw aku imbas balik projek tahun pertama yang sangat mencabar bg aku. Projek tahun pertama ni ada 4 Segmen semuanya.
- ASAS REKA BENTUK SENI.
- TEKNIK SENI VISUAL 1
- TEKNIK SENI VISUAL 2(PROJEK SEM KHAS TAPI DI AWALKAN)
- SENI KRAFTANGAN MELAYU
Sejujurnya memng agak memenatkan jadi pljr seni. Dengan final projek yang semuanya ada 4 segmen tak termasuk lagi report dan assigment yang kena submit pada masa yang sama. Kekusutan aku ditambah lagi sebab kena perform pulak untuk FESTIVAL APM. Tapi gembira sngt sebab semuanya berjalan lncar dan aku dapat pengalaman baru. Ini termasuklah pengalaman yang aku dapat dalam team pameran seni yang dibuat oleh jbtn seni. semuanya berlaku pada masa yang sama (YA DALAM MINGGU YANG SAMA!). Best sebab dapat kerja dengan senior2 seni yg sngt serius buat kerja tapi giler2 bila di luar masa kerja. Takyah nak intro panjang2 CHECK THIS OUT!!!
![]() |
| SEGMEN 1: Asas Reka Bentuk Seni |
Untuk segmen pertma ni temanya apa-apa juga benda yang berkaitan dengan Alam Melayu. mmng sebulan juga kena fikir nak buat objek apa. dah fikir nak buat apa kena buat kertas kerja plak nak bg kat pensyarah. Akhirnya aku pilih PENYU. Mcm tak ada kena mengena je kan. Tapi dalam kertas kerja tu aku ada kaitkan penyu ni sebagai lambang atau maskod kepada beberapa negeri di Malaysia terutamanya Sabah dan Terengganu. Tajuk karya aku tu "PENYU DI AMBANG GELITA". Latar dia guna warna biru sepenuhnya just ada yang terang dan ada yang cerah sikit. aku guna teknik kolaj. Buat penyu guna kertas lukisan then dah warna semua tampal je kat kanvas.
![]() |
| inilah dia nyunyu aku.. hahaha |

SEGMEN 2: Teknik Seni Visual 1
Dalam segmen kedua ni temanya berkenaan jenis bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan di alam Melayu. Masa lukis bunga ni memang aku tak taw apa nama dia. Sampaila aku tunjuk dekat DR.Azlin. Bila dia tanya bunga apa aku tak taw nak jawab apa. Lastly dia sendiri yang cari nama bunga tu untuk aku. (malu giler kot) Finally Dr. Lin kata tu Bunga simpoh air. dalam penerangan aku, aku cakap aku pilih bunga ni sebab bunga ni banyak tumbuh dekat sepanjang jalan menuju APM... (simbolik sangat keMelayuanya kan.. ha3) apa2 pown tak taw kenapa latar dia agak keJambUan... hahaha...
![]() |
| Simpoh Air Bumi Malaya |
![]() | ||
SEGMEN 3: Teknik Seni Visual 2
Segmen ketiga ni bertemakan batik. Cuma cara pembuatanya agak mudah berbanding batik yang asal. Dalam segmen ni aku gunakan Kelapa sebagai sumber ilham. Pada asalnya nak buat bentuk lain. Tutor pun dah bagi cadangan yang agak baik. Masalahnya segmen 1 dan 2 tu tak siap lagi. tu yang aku terpaksa ubah semula corak batik yang aku inginkan. teknik warna yang aku gunakan di samping imej kelapa dan matahari yang besar tu sangatlah menyenangkan kerja aku. hahahala Projek kawan aku yang lain ada yang bertemakan keris, burung kakak tua, bunga raya, wau dan ada juga bertemakan ikan koi. Tapi hampir semua guna tema bunga.
|
![]() |
| SEGMEN 4: Seni Kraftangan Melayu |
Bahagian Seni kraftangan ni ada 3 artwork yang kena siapkan.
- Tembikar yang diperbuat dari tanah liat. kena buat 2 bijik. oleh kerana ianya memerlukan kelembutan tangan aku suruh Ikien yang buat sebab ni kerja berkumpulan.
- Anyaman kelarai yang diperbuat dari kertas warna. bahagian ni aku yang buat tapi final dia ada sentuhan Ikien juga. tak sangka anyaman ni boleh dapat emas. terkejut jugak.. hahaha
- Bakul yang dianyam menggunakan rotan. ada satu kelas yang mana tenaga pengajarnya didatangkan khas dari Kompleks Kraf.. memang best sangat.
![]() |
| tara... dalam masa sehari dah boleh siap 3 bakul. yang dua tu ikien punya. |








0 comments:
Catat Ulasan