THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 13 Januari 2013

PENDAYUNG SUDAH DI TANGAN



SALAM KE ATAS SEMUA. YANG DI BAWAH PUN SALAM JUGA KE BAWAH KAMU!

Nak citernya bukan pengalaman berkayak ke, bersampan ke, apatah lagi berakit bagai! NAH, INILAH BAHAN YG NAK KENA BAHAN CERITA HARI NI...


Setelah 2 minggu aku pendamkan hajat nak memiliki karya FATIN NABILA ni, akhirnya novel ni berada di tangan juga. Setelah mencari dengan sabarnya bertemankn sang jiran yang br kuar dr spital.. hahaha Putar2 kat kedai POPULAR Amcorp Mall, dapat jugak bw balik buku ni. Nak dijadikan bahan ceritanya, novel ni dah diadaptasi ke drama TV pulak. Terpikat dengn kejelitaan Ersalina dan jalan cerita dia yg agak menarikla buatkan aku tak sbr nak taw ending. Rentetan dr keghairahan tengok drama tv tu buat aku nak mendapatkn naskah asalnya dalm bntk novel. Gtulah kisahnya... hahaha

mehlah tengok gmbr2 citer ni. Mls nak review sebab tak abis tgk lg...






Agak menariklah citer dia tapi ada babak yg mcm tergantung. Kalau babak tu  tak nampak sangat tak pelah ni dah nampak sngt tahap KEmessyAN nya. Harap tak jd mcm sinetron Indonesia yg bnyk sangat keharubiruan ceritanya. Kalau ditengokkan cerita ni kuatnya dr struktur ceritanya yang sarat dengan konfliks dan persoalan. Kalau pengarah dapat buat jalan cerita dia tepat dan kena dengan timing cerita memang superbla jadinya drama ni. Agak membuatkan aku suka cerita ni sebab dia bnyk guna permainan emosi. Terlalu banyak perasaan yg kita boleh rasa dlm citer ni such as romantik, komedi, family, sayu, geram dan mcm2 lg la. Yg bestnya bnyk bait2 indah yg buat kita khayal tgk citer dia.



Jangan kerana sayang jiwa melayang..

Takkan hadir tanpa pertemuan,takkan tulus tanpa kejujuran,takkan suci tanpa ikatan,takkan abadi tanpa kesetiaan,takkan indah tanpa kasih sayang..

Tiada ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.Cinta bagaikan bintang dilangit sana.Terlalu banyak yang bercahaya indah teapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Setiap pertemuan, ada perpisahan'' Setiap kali yang datang, mesti akan pergi. Tak kiralah pergi dgn cara apa sekalipun, kita kena redha.

Berkecai gelas "sampah kutip sampah"

Semalam dah jadi sejarah,esok hanya El yang mampu corakkanya degan penuh harapan

Airmata itu mahal, jangan bazirkan untuk seseorang yg tidak tahu menghargainya

Apabila seorang LELAKI menyukai seorang WANITA, hendaklah perasaan itu DITERJEMAHKAN melalui usaha untuk BERNIKAH.

Abang nak tahu naper El suka sangat tengok citer Korea dari muka abang yang handsome macam Min Ho.

Nanti kalau buat kerja rumah jangan khusyuk sangat! malam nanti penat!





JADI NOVEL DAH ADA DI TANGAN, SEKARANG MASANYA AKU UNTUK MELAYARI JALAN CERITA YANG DAH DITULIS DALAM CITER NIE... TAK HABIS BACA DENGAN CITER TV AKU LAYAN.. KWANG3


Jumaat, 11 Januari 2013

BEBAS ILUSI


SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAMBAK BUNGA RAFFLESIA...


Pada kali ni aku nak share sedikit cerbisan kenangan dalam jbtn seni nie. Entri kali ni nak bw aku imbas balik projek tahun pertama yang sangat mencabar bg aku. Projek tahun pertama ni ada 4 Segmen semuanya.

  1. ASAS REKA BENTUK SENI.
  2. TEKNIK SENI VISUAL 1
  3. TEKNIK SENI VISUAL 2(PROJEK SEM KHAS TAPI DI AWALKAN)
  4. SENI KRAFTANGAN MELAYU
Sejujurnya memng agak memenatkan jadi pljr seni. Dengan final projek yang semuanya ada 4 segmen tak termasuk lagi report dan assigment yang kena submit  pada masa yang sama. Kekusutan aku ditambah lagi sebab kena perform pulak untuk FESTIVAL APM. Tapi gembira sngt sebab semuanya berjalan lncar dan aku dapat pengalaman baru. Ini termasuklah pengalaman yang aku dapat dalam team pameran seni yang dibuat oleh jbtn seni. semuanya berlaku pada masa yang sama (YA DALAM MINGGU YANG SAMA!). Best sebab dapat kerja dengan senior2 seni yg sngt serius buat kerja tapi giler2 bila di luar masa kerja. Takyah nak intro panjang2 CHECK THIS OUT!!!


SEGMEN 1: Asas Reka Bentuk Seni

Untuk segmen pertma ni temanya apa-apa juga benda yang berkaitan dengan Alam Melayu. mmng sebulan juga kena fikir nak buat objek apa. dah fikir nak buat apa kena buat kertas kerja plak nak bg kat pensyarah. Akhirnya aku pilih PENYU. Mcm tak ada kena mengena je kan. Tapi dalam kertas kerja tu aku ada kaitkan penyu ni sebagai lambang atau maskod kepada beberapa negeri di Malaysia terutamanya Sabah dan Terengganu. Tajuk karya aku tu "PENYU DI AMBANG GELITA". Latar dia guna warna biru sepenuhnya just ada yang terang dan ada yang cerah sikit. aku guna teknik kolaj. Buat penyu guna kertas lukisan then dah warna semua tampal je kat kanvas.




inilah dia nyunyu aku.. hahaha

SEGMEN 2: Teknik Seni Visual 1

Dalam segmen kedua ni temanya berkenaan jenis bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan di alam Melayu. Masa lukis bunga ni memang aku tak taw apa nama dia. Sampaila aku tunjuk dekat DR.Azlin. Bila dia tanya bunga apa aku tak taw nak jawab apa. Lastly dia sendiri yang cari nama bunga tu untuk aku. (malu giler kot) Finally Dr. Lin kata tu Bunga simpoh air. dalam penerangan aku, aku cakap aku pilih bunga ni sebab bunga ni banyak tumbuh dekat sepanjang jalan menuju APM... (simbolik sangat keMelayuanya kan.. ha3) apa2 pown tak taw kenapa latar dia agak keJambUan... hahaha...


Simpoh Air Bumi Malaya
SEGMEN 3: Teknik Seni Visual 2

Segmen ketiga ni bertemakan batik. Cuma cara pembuatanya agak mudah berbanding batik yang asal. Dalam segmen ni aku gunakan Kelapa sebagai sumber ilham. Pada asalnya nak buat bentuk lain. Tutor pun dah bagi cadangan yang agak baik. Masalahnya segmen 1 dan 2 tu tak siap lagi. tu yang aku terpaksa ubah semula corak batik yang aku inginkan. teknik warna yang aku gunakan di samping imej kelapa dan matahari yang besar tu sangatlah menyenangkan kerja aku. hahahala Projek kawan aku yang lain ada yang bertemakan keris, burung kakak tua, bunga raya, wau dan ada juga bertemakan ikan koi. Tapi hampir semua guna tema bunga.



Batik bertemakan pokok kelapa
SEGMEN 4: Seni Kraftangan Melayu

Bahagian Seni kraftangan ni ada 3 artwork yang kena siapkan. 
  1. Tembikar yang diperbuat dari tanah liat. kena buat 2 bijik. oleh kerana ianya memerlukan kelembutan tangan aku suruh Ikien yang buat sebab ni kerja berkumpulan.
  2. Anyaman kelarai yang diperbuat dari kertas warna. bahagian ni aku yang buat tapi final dia ada sentuhan Ikien juga. tak sangka anyaman ni boleh dapat emas. terkejut jugak.. hahaha
  3. Bakul yang dianyam menggunakan rotan. ada satu kelas yang mana tenaga pengajarnya didatangkan khas dari Kompleks Kraf.. memang best sangat.
tara... dalam masa sehari dah boleh siap 3 bakul. yang dua tu ikien punya.

Selasa, 8 Januari 2013

RENTAK SAMA, TARI BERBEZA




Tajuk dah macam nak menari-nari di atas pentas tari feseni pulak kan. Kali ni ENTRI pasal refleksi diri di tahun masihi yang baru sahaja membuka tirai, juga sebagai natijah daripada siri kuliah sem ni yang akan menutup tirai sem5 buat selama-lamanya. (taubat tak nak repeat)

 

Semester ni (sem 5 a.k.a. sem 1 tahun akhir) ada berbagai ragam pensyarah yang menyerikan pentas drama pengajian aku di Universiti Malaya. Walaupun masih timbul perdebatan berkenaan pengabungan jabatan aku dengan jabatan sosio-budaya yang membentuk satu jabatan baru, tapi aku rasa itu takda kaitan pun dengan pengajian aku. Itu satu lagi babak yang memberi warna kepada sesi pengajian kali ni. Sungguhpun ianya seperti imbas kembali konflik plot sem lepas tapi apa nak buat aku just budak2 yang tak mampu berbuat apa2. Bagi aku perjuangan kini hanya pada pengajian dan bukannya kepada benda lain yang merencat usaha mengengam skrol ijazah tahun ini. Ada yang berkata “USAH BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT KE GELANGANG, USAHA BICARA SOAL KEADILAN JIKA TAKUT MENENTANG KEZALIMAN, USAH BICARA SOAL KEJAYAAN JIKA TAKUT BERGELUMBANG KEGAGALAN”. Mcm2 frasa indah yang sekarang ini dicipta oleh pujangga tanpa nama tapi ianya telah memberi inspirasi kepada ribuan jiwa yang ketandusan punca. Situasi ini juga berlaku kepada aku yang sentiasa berjumpa insan-insan yang sering memberi inspirasi dengan hanya kata-kata indah tanpa perlu “SHOW OFF” bagai!(nak muntah tengok org yg suka show off ni, muka memang sejibik mck2 gosip kat kg yang dok citer kehebatan diri sendiri… pehhhh lisssss la weiiii, sila pergi mamposhhhh)


Dalam satu kursus yang dikenali sebagai “killer subjek” aku agak terINSPIRASI dengan pengisian kuliah oleh seorang pensyarah yang berpengalaman walaupun belum mencapai tahap DR. atau PROF. Beliau kadang kala menyebabkan aku banyak berfikir berkenaan banyak persoalan kehidupan setelah hampir 3 tahun bergelar siswa di Universiti Perdana ini. Satu sesi kuliahnya yang membawa aku melihat beberapa sudut pandang masyarakat di beberapa buah negara yang sangat daif  menyebabkan aku sedar akan kemewahan yang kita kecapi sebenarnya.  


Dah mengarut panjang sampai isi ENTRI tak kunjung tibanya pown. Menyingkap kembali siri kuliah sem ini, aku berjumpa beberapa watak-watak yang hampir kesemuanya baharu, walaupun ada 3 orang pensyarah yang pernah mengajar aku sebelum ini. Ada pensyarah yang mengunakan corak pengajaran yang agak “copy & paste”, ada juga yang cuba bermain formasi “SHARING IS CARING- asyik2 student sendiri je yg memberi kpd student lain(mcm tak kena je), ada yg lagi suka bermain di bangku simpanan (yg ni agak tepat kot dengan situasi yg tadi.. hehe), tak kurang juga yg suka main sendiri (ini syok sendiri), yang paling best ada yang cuba membuat filem dokumentari berkenaan dirinya dibantu oleh watak keluarganya yang menghibur hati. Sangat bagus jika difilemkan kerana mempunyai nilai komerSIAL yang tinggi dan boleh mengalahkan filem NO PROBLEM yang mengunakan KAPAK. Tapi ada beberapa org pensyarah yang begitu ikhlas mencurahkan ilmu. Muncul dengan beberapa cetusan bicara dan idea yang membangkitkan seribu aspirasi berkonsepkan kehidupan masa kini. Mentaliti yang cuba disemai kadang kala hanya sekecil ini. Tapi ledakanya nanti boleh mengalahkan letusan Bom atom semasa WW2.


Mengambil iktibar dari siri kuliah pada semester ini mebuka dimensi baru kepada siswa siswi yang inginkan perubahan. Tidak perlu revolusi besar-besaran kerana impaknya nanti menimbulkan pro dan kontra yang bersifat “kalah jadi abu, menang jadi arang”. Kita cuba menerbitkan sedikit transformasi diri yang mengambil kira sedalam-dalamnya aspek kesan dan akibatnya. Jadi malas nak tulis panjang lagi, itulah kata kuncinya kepada kita semua...................................................................................................................................... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MASA>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>UNTUK>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>BERUBAH.


UNTUK PENUTUP YANG BOLEH AKU KAITAKAN DENGAN TAJUK DIATAS, sekali lagi aku cuba melihat suasana semasa yang agak kabur dan dan boleh megubah rentak dan hala tuju aku sebagai siswa. Walaupun sebenarnya siswa itu memang halatuju sama iaitu tamat pengajian dlm tempoh yang ditetapkan tapi mengambil kira letak duduknya individu tersebut dalam situasi apa. Itu yang perlu difahami. Oleh itu rentak kita memang sama (halatuju) tapi tari kita berbeza kerana kita punya kelebihan dan daya fikir yang berbeza.  Menganggap tindakan orang lain sebagai salah itu adalah tindakan yang tidak relevan kerana setiap org mempunyai cara yang tersendiri. Menilai diri sendiri itu lebih bermanfaat daripada asyik mengkritik orang lain. Dan sekiranya kita merasa sudah cukup sempurna, adakah anda sesempurna yang maha kuasa?



Just say “pegi maMposZZZZ” TO  makhluk “show off”…..  

Ahad, 23 Oktober 2011

T3 GADGET AWARDS 2011- HIMPUNAN GADGET TERBAIK 2011.

Anugerah T3 bagi tahun 2011 diumumkan minggu lalu dengan Microsoft Kinect diundi untuk menerima Anugerah Gadget Terbaik Tahunan. Manakala Samsung Galaxy SII dinobat telefon bimbit terbaik.

Berikut adalah senarai penuh pemenang;

Gadget Terbaik Tahun 2011: Microsoft Xbox Kinect

Ia adalah barangan pengguna tahan lama yang paling pantas dijual sepanjang zaman. Mengguna alat pengesan gerakan, Kinects menghubungkan anda ke dalam permainan komputer untuk membolehkan anda mengawal dan berinteraksi dengan permainan maya tanpa perlu menyentuh pengawal (controller) game.


Komputer Terbaik: Apple Macbook Air 11 Inci

Apple Macbook Air 11 Inci menewaskan pesaing daripada Samsung dan Sony untuk dinobatkan sebagai Komputer Terbaik 2011. Dengan RAM 4GB yang begitu mengagumkan dan alat penyimpanan SSD, MacBook Air bukan sahaja pantas tetapi menawan mata yang memandang.


Gadget Commuter: Amazon Kindle

Alat pembaca buku elektronik oleh Amazon, Kindle dinamakan gadget commuter (pengulang-alik) terbaik tahun ini menewaskan iPAD dan iPhone. Dengan berat yang kurang daripada kulit buku yang lembut, Kindle mampu memuatkan sehingga 3,500 buah e-buku, manakala fon halusnya membolehkan ia dibaca walaupun dalam persekitaran cahaya terang-benderang.


Tablet Terbaik:

Tidaklah memeranjatkan bahawa Apple iPad 2 memenangi anugerah Tablet Terbaik 2011. Ia telah menguasai pasaran walaupun bergelut dengan persaingan sengit daripada Samsung dan alatan berasaskan teknologi Android yang lain. Apple memperkukuhkan iPad2 dengan dual pemprosesan ARM A5 yang secara dramatik memperbaiki mutu tablet yang digerakkan dengan ios.



Senarai Gadget-gadget Terbaik 2011Telefon Bimbit Terbaik:Samsung Galaxy SII

Samsung Galaxy SII berjaya menewaskan iPhone 4 untuk merangkul gelaran yang diburu banyak pihak, Telefon Terbaik. Antara kelebihan telefon itu ialah ia dipacu dual-teras 1.5 GHz processor, paparan 4.3 inci, technology wave and pay dan kelajuan muat turun 4G.

Televisyen Terbaik: Samsung UE55D8000

Samsung sekali lagi membuktikan kemampuan mereka menghasilkan set televisyen yang terbaik. Samsung UE55D8000 memboleh penonton melayari Youtube, Facebook, Twitter menerusi pelbagai aplikasi

televisyen. Bentuknya yang amat nipis dengan diskong ciri-ciri 3D dan HDMI secukupnya mampu memuaskan hati sesiapa sahaja.


Gadget Kerja Terbaik: RIM Blackberry Bold 9780

Berhadapan dengan persaingan yang begitu sengit daripada Apple, Samsung dan HTC, Blackberry Bold 9780 diundi sebagai Gadget Kerja Terbaik 2011. Telefon ini dengan sistem operasi Blackberry OS terbaru memiliki elemen multimedia dan multisentuhan yang lebih baik.


Anugerah RekabentukT3 : Apple MacBook 11 Inci

Apple MacBook 11 Inci menewaskan pesaing daripada notebook Samsung Series 9 untuk merangkul gelaran itu. Dengan RAM 4GB dan penyimpanan pacuan SSD, MacBook Air bukan sekadar pantas, tetapi amat menarik.


Kamera Digital Terbaik: Canon PowerShot G12

Ia menewaskan Fuji Finepix X100, Olympus E-PL2 dan Nikon D3100. Kamera ini dilengkapi dengan sensor 10 Megapiksel berserta perakam video 720HD.


Aksesori Gadget Terbaik: Kad Eyi-Fi Pro X2

Kad ini mampu menampung 4,000 gambar atau kandungan video selama 3 jam dan mampu sambung terus ke rangkaian Wi-Fi anda.

Gadget Permainan Komputer Terbaik: Microsoft Xbox Kinect

Menggunakan alat pengesan pergerakan, Kinects menjadi anda sebahagian daripada game kerana membolehkan pemain mengawal dan berinteraksi dengan game tanpa memegang alat kawalan.


Gadget Musik Terbaik : Monster Beats oleh Dr. Dre Pro Studio

Diperbuat daripada rangka aluminium dan amat ringan, Monster Beats menerima anugerah gadget musik terbaik


Gadget Kegunaan Di Rumah Terbaik: Philips Airfryer

Daripada menggunakan lemak untuk memasak kentang goreng, alatan dapur berevolusi ini memasak dengan menghangatkan udara. Airfryer menggunakan teknologi Rapid Air yang membolehkan makanan-makanan dimasak tanpa menggunakan lemak.


Inovasi Terbaik: Razer Switchblade

Revolusi seterusnya untuk permainan komputer sudah hampir.


Perkhidmatan Digital Media Terbaik : Twitter

Twitter muncul perkhidmatan terbaik menewaskan Facebook dan Youtube kerana aplikasinya yang digunakan secara meluas dalam iPhone, Android dan iPad.


Aplikasi Terbaik: Flipboard

Flipboard adalah aplikasi percuma yang merevolusikan cara pemilik iPads menggunakan bahan digital dengan menghasilkan majalah peribadi untuk para penggunanya dari pelbagai sumber feeds.


Personaliti Gadget Tahunan: Mark Zuckerberg

Dengan lebih 500 juta pengguna, pencipta Facebook ini dipilih sebagai personaliti tahun 2011.


Peruncit Tahunan: Amazon UK

Jenama Teknologi Tahunan: Google


Sumbangan Luar Biasa Kepada Bidang Teknologi: Sir David Attenborough